cerita aku.

jam menunjukkan tepat pukul 11.30pg. jalan yang selama ini renggang namun tidak pada ketika ini. aku yang duduk didalam kereta hanya meninjau ke arah luar. dengan memberi senyuman kepada pemandu kereta yang berhenti tepat di sebelah kereta ayahku. dia mengangkat tangan serta menunjukkan sehelai kain berwarna kuning. dan aku tersenyum. lalu lintas yang dikawal oleh polis kelihatan tenang sahaja. kesabaran penduduk malaysia sudah tidak boleh diperlekehkan. memang rakyat malaysia sabar2 belaka. aku hanya mampu tersenyum didalam hati. radio yang kini hebat membawa berita tentang kemaraan2 manusia yang semakin bertambah di tempat yang bakal aku tujui. aku toleh ke kiri, kemudian ke kanan.

" bila nak sampai ni ayah? " kata2 yang menunjukkan bahawa kesabaranku semakin berkurang.

" sabarlah. ayah tengah carik parkir ni. semua dah penuh " kata ayah sambil melilau matanya. barangkali mencari ruang untuk memaking kereta waja miliknya.

dipelosok tempat jugalah yang kami ada. di penjuru di mana memang sudah tiada tempat lagi selain di situ. tiada pilihan, akhirnya kami terima tempat parkir itu.

" subhanallah, ramainya manusia " mataku seakan2 mahu mengalirkan air. air bukan kerana bersedih, tetapi kerana terlalu gembira.

melilau mataku memandang sekeliling. tempat itu kini dipenuhi dengan warna kuning. yakni warna diraja. manusia jalan berpusu2. kenal atau tidak, itu bukan persoalan. mereka menghadiahkan senyuman sesama mereka. begitu jugak pada aku. berjabat tangan serta berjalan seiringan. terasa seperti sudah ada didalam satu pasukan. pada mulanya aku dan ayah, kini sudah bertukar jumlahnya. tidak kira bangsa. melayu, cina, india, semua ada. semua negeri ada. kelantan? kedah? sabah? sarawak? alhamdulillah. duduk beramai2 sambil menjaga tatasusila. adab dan saling menghormati. melaungkan kata2 semangak. tidak lupa untuk memuji kebesaran Allah. beramai2 melaungkan takbir! bergema kawasan masjid negara itu.

sebelum beberapa minit azan zohor dilaungkan, aku dan ayah bangun menuju ke pintu masjid.

" ayah sembahyang kat luar ni je. nanti tunggu kat sini tau. " kata ayah yang risau akan keadaanku. dan aku hanya mengangguk.

kaki melangkah menuju ke pintu gerbang masjid. langkah kanan ku atur kan kaki ketika melangkah masuk ke rumah Allah itu. aku menuju ke tempat wuduk wanita. sepanjang perjalanan itu, mata aku melilau melihat keadaan sekeliling. ramai sungguh! selepas mengambil wuduk, kedengaran iqamat. menunjukkan solat berjemaah akan bermula. kaki ini melangkah laju. menuju ke tempat wanita di bahagian bawah. argh! tiada tempat. kaki ini semakin laju menuju ke arah tangga. aku menuju ke tempat wanita di bahagian atas. di situ aku mendapat tempat tepi dan aku boleh melihat ke arah bawah. ke bahagian lelaki.

" subhanallah! alhamdulillah! Allahuakbar! " bisik hatiku. hati ini menjadi sayu. tenang dan bulu roma ini menegak secara tiba2. airmata mula mengalir.

" ya Allah, ramainya. " rasa ini menjerit kegembiraan melihat umat islam seperti ini. bersatu dan berjemaah.

alhamdulillah, selesai solat berjemaah. imam berdoa, kami mengaminkan. setelah itu, aku melipat kain telekung sambil hati berdoa agar segalanya berjalan lancar. aku intai dari tingkat atas ke luar, kelihatan ramai pasukan yang berunifom berdiri membuat benteng. hati mula berkecamuk. tangan ini pergi ke dada sambil mulut berkata dan mata ku tutup sementara.

" la taqof wa la tahzan, innallah ha ma'ana " ( maaf ejaan kurang pasti )
yang bermaksud jangan takut dan jangan bersedih kerana Allah sentiasa bersama .

selepas kata2 itu keluar dimulut, ternyata perubahannya amat ketara. hati ini menjadi tenang. setenang air. akhirnya kaki ini melangkah. kaki ini melangkah menuju ke tempat yang di minta oleh ayah agar menunggunya di sana. mata melilau mencarik ayah, namun ayah tidak kelihatan. manusia semakin lama semakin bertambah jumlahnya. namun suasana di sana masih terkawal dan tiada sebarang kekecohan. akhirnya aku memutuskan untuk berjalan bersama2 mereka tanpa ayah. ye, tanpa ayah.

" adik, sini. pegang kakak. kat depan sana bahaya. "
 seorang kakak berpurdah memanggil aku.
aku tersenyum sambil hati ini membisikkan " cantik mata kakak ni " :)

semua mula berarak. keadaan masih terkawal. sepanjang perjalanan, pasti ada seorang manusia berdiri di tepi jalan sambil memegang plastik sampah serta melaungkan " bersih! bersih! bersih! " sambil memberi peluang manusia membuang sampah di dalam plastik itu. inilah keadaan yang aku lihat. aku ada disitu. keadaan masih terkawal. kami jalan bersama2 sambil melaungkan kata2 semangat. mata ini melihat bermacam2 kejadian. yang muda bantu yang tua. yang tua tersenyum bersemangat. yang muda menyumbangkan suara. yang melayu bersebelahan cina ada, india pun ada. bersembang sesama mereka. nampak seperti sudah lama kenal. dengan aku2 sekali di ajaknya bersembang. tiada rasa kekok. rasa seperti sudah lama berkenalan. begitu ramah mereka semua.

" haiya, lu mau jalan ka? cakap loh " tanya seorang uncle cina kepadaku sambil tersenyum.
" aah uncle. saya mau jalan ke depan " kataku sambil menunjuk ke arah depan.
" lalu. lalu " kata uncle sambil memberi aku ruang untuk lalu. aku menunduk tanda hormat.

sedang semua berarak kedepan, kedengaran suara menyuruh berpusing semula. patah balik. semua memusing badan dan meluru ke belakang. namun tidak aku. aku meluru ke depan. aku ingin lihat apa yang berlaku. makin kaki ini melangkah laju. di hadapan, sudah terasa bahangnya di muka. apakah? apakah yang berlaku? kedengaran suara menyuruh lari! lari! asap! asap!. aku makin kedepan. kelihatan ramai manusia batuk2, teduduk dan ada yang terbaring. keadaan yang tadinya aman, tenang, kini sudah kacau bilau. keihatan mereka saling menolong dan saling melindungi. aku melihat ada seorang makcik masih duduk disitu. aku meluru ke arahnya.

" makcik, kenapa makcik duduk sini? asap ni pedih makcik. mari saya pimpin "
kata aku sambil memegang lengan tangannya.

" makcik taknak pergi sebelum pemimpin dengar suara rakyat " kata makcik dengan suara yang terketar2 itu. barangkali sedang menangis.

" biarkan mereka makcik, biarkan mereka jawab dengan Allah nanti " sambil memaksa makcik itu bangun. akhirnya makcik itu aku pimpin untuk bawa ke tempat yang lebih selamat.

semakin lama semakin banyak gas yang dilepakan. lari ke sini, sini dilepaskan. lari ke sana, sana di lepaskan. mana ? mana yang selamat? kaki ini melangkah laju. menyelamatkan diri.

telefon bergegar. hati pelik. sedang sepanjang perkumpulan tadi, memang talian amat terganggu. kacau. line yang tidak menentu. rasa geram ada terkadang.

" assalamualaikum ayah. asap banyak dah, ayah kat mana? " tanya aku yang cemas dan khuatir dengan keadaan ayah.

" ayah tunggu dekat mekdi. depan A&W. ada polis larik tau. " pesan ayah bersungguh2. menampakkan bahawa dia sedang risau akan keadaan anak gadisnya.

aku mendogak, melihat setiap penjuru tempat. melihat sekeliling, mencari simbol ' M ' di mana. akhirnya kelihatan. kaki melangkah laju sambil tangan menutup hidung. air mata mengalir kepedihan. hati sayu melihat keadaan sekeliling. tua muda, kanak2 yang nasib bersama aku.

" ya Allah, lindungi mereka." doa aku di dalam hati.

semakin hampir di tempat yang dituju, aku terserempak dengan sekumpulan yang berpakaian seragam. dilengkapi pistol de belah kiri. tangan sibuk bercakap dengan orang jauh barangkali. aku lalu di situ sambil hati beristighfar menahan marah terhadap mereka. ye! sememangnya aku sudah mula muak dan mual dengan perangai mereka. tidak tahu mengapa.

inilah cerita aku. cerita yang aku semat sebagai kenangan abadi~
KATA BUKAN SEKADAR KATA :)

No comments: