maafkan aku kawan. maafkan aku.


nampak tak gambar kat atas tu? aku macam tu lah sekarang. setiap malam aku akan macam ni. aku akan jadik macam ni. aku mengaku aku tipu. ye! aku tipu! bukan tipu kau je, tapi tipu semua. tipu semua yang tanya aku 

  • misz, kau okay ke?
ye! dan aku akan balas aku okay. maafkan aku. aku tipu. aku tipu sebab aku nak sangat korang bagi aku ruang. bagi aku ruang untuk berfikir. aku tak pernah mintak banyak. tapi kali ni je. bagi aku ruang dan masa aku. bukan aku taknak balas mesej korang. dan bukan aku sengaja taknak balas mesej korang. terkadang kedit tidak mengizinkan dan terkadang masa tidak memberi ruang. bukan aku sengaja melengahkan panggilan, dan bukan aku sengaja taknak angkat panggilan. tapi tolong bagi aku ruang. aku suka korang selalu caring pasal aku. aku sayang korang sebab selalu ada di samping aku. but, sometimes aku perlukan ruang untuk diri aku. aku penat menjaga hati. aku penat. maafkan aku sekiranya layanan aku terhadap korang ada yang tersinggung perasaan. bukan aku nak memutuskan silaturrahim. malah, berdosa jika aku berbuat sedemikian! dan aku tak mungkin lakukan hal ni terhadap korang. aku sayang semua kawan2 aku. cuma aku mintak, tolong paham situasi aku.

  • luar aku tersenyum, menangkis segala derita. hiba hati ku selindung, namun mataku tidak mampu berbohong. benarlah kata orang. masalah tidak boleh di tanggung sendirian. masih perlu teman di sisi. jika bersendiri, tiadalah ertinya kehidupan seperti berdiri di tengah2 hutan belantara.

hanya satu aku pohon, doa darimu sahabat. doa darimu agar aku tabah lalui segala dugaan yang diberikan untuk aku. agar aku mampu menghadapinya. sesungguhnya itulah hadiah yang paling berharga buatku. maaf aku pinta. hanya beri sedikit ruang untuk aku mencari diri aku yang sebenar. aku keliru. keliru dengan diri sendiri. tolong, tolong bersama2 aku mendoakan yang terbaik buat kehidupan kita.....

 

KATA BUKAN SEKADAR KATA :)

No comments: